SEO adalah singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization.
SEO sering
dibincangkan dalam seminar perniagaan internet kerana ia merupakan salah
satu strategi pemasaran yang berkesan di internet.
Andaian yang
boleh diberikan ialah bagaimana untuk membuat laman web organisasi Y
berada dalam senarai carian yang pertama dalam laman web enjin carian
seperti Google sekiranya seseorang menaip perkataan 'komputer' di laman
web enjin carian Google tersebut? Jadi, ini adalah sebahagian daripada
strategi pemasaran di internet.
Terdapat
teknik-teknik SEO yang boleh digunakan untuk manipulasi algoritma atau
tata cara perjalanan proses bagi sesebuah laman web enjin carian bagi
menempatkan kedudukan sesebuah laman web itu di senarai carian yang
teratas.
Teknik-teknik
SEO ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu White Hat SEO dan Black Hat
SEO. White Hat SEO adalah teknik-teknik SEO yang digunakan mengikut cara
yang dibenarkan oleh sesebuah laman web enjin carian.
Black Hat SEO pula adalah teknik-teknik SEO yang tidak dibenar menggunakannya oleh pihak laman web enjin carian.
Penarafan
senarai carian teratas dengan kata kunci tertentu juga boleh dibayar
kepada pihak laman web enjin carian untuk mendapatkan tempat yang
tertinggi dalam senarai carian tersebut.
Teknik-teknik
White Hat SEO yang boleh digunakan adalah seperti penempatan penggunaan
kata kunci dengan perkataan tertentu seperti komputer, motivasi dan
lain-lain, analisis sambungan atau Link Building Analysis, penggunaan
Link Exchanges, Onsite Analysis, penggunaan Meta Tags untuk menempatkan
beberapa kata kunci bagi memberi maklumat sesebuah laman web dan
lain-lain.
Beberapa teknik Black Hat SEO pula adalah seperti Keyword Stuffing, Page Stuffing, Selling and Farming Link dan lain-lain.
Terdapat juga program-program komputer yang boleh digunakan untuk menjalankan teknik-teknik tertentu dalam perlaksanaan SEO ini.
Program
komputer yang digunakan bagi teknik Link Building Analysis adalah
seperti Google Alerts, Majestic SEO, Open Site Explorer, OnlyWire,
Seesmic Ping, Affiliorama SEO Toolbar dan lain-lain.
Program
komputer yang digunakan untuk teknik penggunaan kata kunci pula adalah
seperti Google Adwords Keyword Tool, Google Trends, Google Insights for
Search, Google Correlate, Google Related Searches, BuzzFeed, Alexa,
Soovle, Keyword Discovery, Kgen, Keyword Questions, SearchStats Plugin
dan lain-lain.
Seterusnya
program komputer yang digunakan untuk teknik Onsite Analysis adalah
seperti Google Analytics, Woo Rank, HubSpot Marketing Grader, SEOTools
for Excel, SiteTrail for Chrome, SEOQuake, SEOBook, SEO for Chrome dan
lain-lain.
SEO adalah satu
cara yang digunakan untuk penarafan senarai carian sesebuah laman web
bagi carian tertentu dalam laman-laman web enjin carian dengan
menggunakan teknik-teknik tertentu yang bersesuaian dengan tata cara
sesebuah laman web enjin carian tersebut.
Dengan mendapat
kedudukan senarai carian laman web yang tertinggi di sesebuah laman web
enjin carian bagi kategori tertentu, ia akan meningkatkan capaian oleh
pengunjung sasaran di internet.
Jadi, ini akan
meningkatkan promosi dan pemasaran bagi sesebuah perkhidmatan atau
produk di internet menerusi laman web organisasi.
Sumber: http://www.utusan.com.my/

Hello, I have browsed most of your posts. This post is probably where I got the most useful information for my research. Thanks for posting, maybe we can see more on this. Are you aware of any other websites on this subject. top seo companies for small business
ReplyDeleteWow what a Great Information about World Day its very nice informative post. thanks for the post. marketing1on1.com/buy-backlinks
ReplyDelete